Hand, Foot & Mouth Diseasa (HFMD)
APA ITU HFMD ?
- Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) disebabkan oleh virus : Coxsackie Virus a16 & Virus Enterovirus 71 (EV71).
- Merupakan penyakit yang biasa di kalangan kanak-kanak.
- Boleh menjangkiti semua golongan umur tetapi kanak-kanak berumur bawah 6 tahun lebih berisiko.
- Merebak dengan kontak melalui air liur, lelehan hingus, najis dan cecair blisters daripada mereka yang dijangkiti.
APAKAH GEJALA HFMD ?
- Demam.
- Ruam blisters di tapak tangan, kaki, lutut dan Kawasan lampin.
- Hilang selera makan.
- Ulser di tekak dan mulut.
- Sakit tekak.
APAKAH RAWATAN BAGI HFMD ?
- Tiada rawatan khusus untuk HFMD tetapi kita bole merawat symptom pada kanak-kanak.
- Ubat demam untuk mengurangkan demam.
- Air garam untuk berkumur jika kanak-kanak bole berkumur.
- Pantau hidrasi kanak-kanak.
NASIHAT PADA IBU BAPA :
- Amalkan mencuci tangan dengan betul dan kerap menggunakan air dan sabun.
- Permukaan dan peralatan yang kotor atau tercemar hendaklah dicuci dengan air dan sabun dengan bersih.
- Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala berikut ke tadika, nurseri atau sekolah.
- Peka dan pantau keadaan anak-anak jika terdapat sebarang perubahan tingkahlaku / ketidakselesaan/ kurang selera makan.
Sapu dan bersihkan hidung dan mulut dengan tisu dan buang tisu di tempat yang sepatutnya.