INFLUENZA
Influenza adalah jangkitan virus yang kerap menyebabkan jangkitan pada hidung, tekak dan paru-paru. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius.
Terdapat empat jenis virus Influenza yang dikesan iaitu; A, B, C dan D. Namun, Influenza A dan B adalah dua jenis influenza bermusim yang kerap menyebabkan jangkitan wabak setiap tahun.
GEJALA INFLUENZA
Lazimnya, gejala Influenza bermula sehari dua selepas dijangkiti. Antara penyebab jangkitan virus ini adalah melalui titisan daripada saluran pernafasan apabila bercakap, batuk atau bersin oleh mereka yang telah dijangkiti. Anda bole mendapat gejala seperti :
- Demam
- Selsema
- Sakit tekak
- Batuk
- Sakit kepala
- Sakit badan
- Cirit birit dan sakit perut ( khususnya dikalangan kanak-kanak)
Individu yang memiliki daya ketahanan tubuh yang rendah seperti pesakit barah, penghidap HIV, pesakit yang menjalani kemoterapi berisiko tinggi untuk dijangkiti. Ini termasuklah golngan berusia, wanita hamil, warga emas, inidvidu yan mempunyai darah tinggi, kencing manis, asma dan individu yg obes.
MENCEGAH INFLUENZA
Cara terbaik adalah dengan mendapatkan vaksin Influenza tahunan bagi indivdu yang berumur 6 bulan keatas di mana mana fasiliti kesihatan. Pengambilan vaksin amat membantu kepada golongan kanak-kanak mahupun dewasa.
Selain dari itu, anda boleh :
- Dapatkan rawatan segera jika ada gejala yang teruk dan berlarutan seperti demam panas, cirit birit, menggigil, muntah dan lesu.
- Elakkan berjumpa dengan mereka yang dijangkiti secara rapat
- Elakkan mengunjung tempat awam yang bersesak yang padat dengan orang ramai
- Sentiasa memakai penutup hidung dan mulut
- Sentiasa membasuh tangan selepas menyentuh sesuatu atau selepas pulang dari berkunjung kawasan awam.
- Amalkan adab batuk dan bersin yang baik. Buang tisu yang telah digunakan kedalam tong sampah.
- Jarakkan diri dari mereka yang mempunyai gejala sejauh 1meter
Pastikan pengudaraan dan cahaya yang baik di rumah dan di tempat kerja.