Perbezaan Batuk Biasa & Symptom Pneumonia
Pneumonia adalah jangkitan yang boleh berlaku akibat virus, bakteria atau kulat pada paru-paru yang boleh menyebabkan masalah pernafasan yang mengakibatkan berlakunya radang atau inflamasi pada paru-paru yang boleh mengganggu proses penukaran gas oksigen dan karbon dioksida dalam badan.
Lebih membimbangkan apabila kanak-kanak adalah golongan yang didapati berisiko tinggi mendapat pneumonia sehingga mencatatkan 60 peratus punca utama kanak-kanak dimasukkan ke wad di Malaysia. Kesukaran untuk mengenalpasti perubahan yang berlaku pada badan kanak-kanak menjadi salah satu punca kenapa pneumonia hanya dapat dikesan pada peringkat kronik sahaja. Namun tidak dapat dinafikan, ibu bapa boleh melihat tanda-tanda seperti batuk yang berpanjangan melebihi 3 hari, lesu, muntah nafas berbunyi dan mengalami kekurangan air (dehidrasi) sebagai simptom untuk dibawa mendapatkan rawatan selanjutnya.
Saya dah cuba ubat batuk yang di beli di farmasi dan beri kepada anak saya, tetapi masih tiada perubahan malah batuk makin teruk setiap malam. Jadi saya pilih untuk bawa ke klinik untuk pemeriksaan.
Ini adalah situasi biasa yang sering dihadapai doktor di klinik, kerana sebahagian ibu ayah menganggap gejala radang paru-paru atau pneumonia ini adalah penyakit biasa seperti selsema yang boleh dirawat dengan ubat batuk atau paracetamol yang dibeli di farmasi hingga keadaan anak bertambah buruk. Atau ibu ayah sendiri tidak begitu cakna atau mungkin kurang ilmu tentang terdapatnya perbezaan batuk bergantung pada kondisi anak itu sendiri.
Disebabkan itu, langkah memberi vaksin ketika masih bayi membantu menguatkan sistem imunisasi kanak-kanak untuk melawan pelbagai jenis virus atau bakteria disekeliling kita setiap masa. Oleh yang demikian, kita dapat mengklasifikasikan bahawa batuk biasa hanyalah batuk yang tidak kuat sehingga menghasilkan kahak seperti batuk yang dialami akibat pneumonia.