DEMAM DENGGI BOLEH MEMBUNUH
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Ketahui perkara yang boleh anda lakukan untuk melindungi diri anda dan orang yang tersayang agar selamat daripada gigitan nyamuk aedes dan wabak denggi
Sumber Gambar: Bahagian Pendidikan Kesihatan (KKM)
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti. Uniknya, hanya nyamuk Aedes aegypti betina yang menyebarkan virus tersebut, sedangkan nyamuk jantan tidak. Selain virus denggi, nyamuk Aedes aegypti juga dapat membawa virus zika, chikungunya, dan demam kuning.
Sehingga kini, masih tiada rawatan khas untuk demam denggi kecuali langkah pencegahan. Pelbagai kaedah boleh dilakukan bagi mencegah penyakit ini seperti membersihkan tempat takungan air, menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk, memasang ubat lingkaran nyamuk dan memasang ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup.
Tetapi ingat, penggunaan ubat nyamuk harus dilakukan secara hati-hati jika terdapat bayi, anak kecil, atau penderita asma di dalam rumah.
Sumber Gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Cara lain yang dapat dilakukan untuk memberantas nyamuk Aedes aegypti adalah dengan melakukan fogging. Meski memang terbukti dapat membunuh nyamuk, namun prosedur ini bukanlah cara yang efektif dalam mencegah wabak denggi ini.
Jika pesakit yang dijangkiti wabak ini, pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5 – 6 hari gigitan nyamuk Aedes aegypti seperti, demam panas suhu mencecah 39 – 40 darjah celsius, sakit kepala, sakit tulang belakang, sakit sendi-sendi, sakit biji mata, ruam, loya dan muntah-muntah.
Sehubungan itu, masyarakat diminta untuk mengutamakan penjagaan kebersihan kawasan kediaman terutamanya dengan meluangkan masa 10 minit untuk memastikan tiada kawasan yang boleh mengakibatkan berlakunya perkumpulan atau sarang nyamuk Aedes aegypti ini.
Sumber: https://www.infosihat.gov.my/demam-denggi.html
Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)