TIFOID (DEMAM KEPIALU)
Menjadi satu kegembiraan buat kami di klinik untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat mereka yang mendapatkan rawatan. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang masih setia mendapatkan rawatan di Poliklinik Nur Fatimah, Taman Langat, Banting Selangor.
Sumber Gambar: MyHealth
Seperti yang kita tahu, suntikan tifoid adalah sangat digalakkan kepada mereka yang berada di dalam industri pemakanan mahupun mereka yang ingin mengembara di negara-negara yang kerap mengalami demam kepialu. Ia adalah sejenis jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria salmonella typhi.
Bakteria ini terdapat di dalam darah, urin/air kencing dan najis pesakit dan juga najis pembawa. Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam kepialu.
Kita ada beberapa pesakit yang pernah datang sebelum ini mengalami gejala demam kepialu tetapi tidak tahu yang mereka sebenarnya telah dijangkiti. Apabila kita selidik dengan lebih lanjut, dari segi pemakanan dan aktiviti harian, didapati beliau merupakan seorang yang jenis sering membeli makan di luar. Jadi, secara tidak langsung menjadi seorang pembeli yang telah dijangkiti tanpa diketahui.
Antara gejala demam kepialu yang perlu kita semua ambil tahu adalah:
• Demam panas berpanjangan
• Cirit-birit
• Sembelit
• Sakit perut dan sakit kepala
• Kurang selera makan
• Badan letih, lesu dan timbul ruam
Kita sarankan bagi mereka yang mempunyai gejala seperti di atas untuk mendapatkan rawatan segera kerana penyakit ini boleh dirawat dengan memberikan ubat antibiotik bagi membunuh bakteria dan dicegah dengan mendapatkan suntikan vaksin tifoid.
Sumber: https://www.infosihat.gov.my/isu-semasa/50-demam-kepialu-tifoid.html