Program Penurunan Berat Badan

Seringkali mengalami tumit kaki sakit sebulan dua ini sehingga tidak boleh  berdiri ataupun berjalan terlalu lama kerana ingat hanyalah masalah biasa  yang mungkin disebabkan terpijak benda tajam tanpa sedar. Tapi, hari demi hari kesakitan makin terasa tanpa sebab yang jelas. Sehinggalah kawan menegur berat badan yang makin naik dan mungkin ia menjadi salah satu punca kenapa tumit kerap sakit. Sejak itu, terus berjinak-jinak dengan jogging, pergi gym, jalan-jalan tepi pantai bagi mendapatkan semangat untuk permulaan proses menurunkan berat badan. Tanpa persediaan yang rapi, proses yang mulanya tekad nak ubah diri, mula pudar bila mengambil  masa yang agak lama.

Dalam sebulan, berat yang dulunya mencecah 100 kilogram, hanya turun 98 kilogram. Kekecewaan demi kekecewaan sangat tergambar di wajah yang akhirnya tekad untuk berhenti aktiviti luar dan teruskan dengan pengawalan makanan sehingga berperang dengan rasa lapar.

Sehinggalah Poliklinik Nur Fatimah yang kerap dikunjungi bersama keluarga memperkenalkan cara baru untuk turunkan berat badan tanpa perlu menyeksa diri dengan ‘Weight Loss Program‘. Apa yang menariknya tentang program ini setelah diterangkan oleh doktor adalah :-

  • Follow up setiap minggu untuk bulan pertama oleh doktor
  • Keberhasilan tanpa perlu menyeksa diri

Sekarang kalau boleh semuanya inginkan cepat dan bukannya ambil jangka masa yang panjang untuk dapatkan hasil. Antara 3 cara yang doktor terangkan adalah :-

Sumber Gambar: Google

Saxenda : Suntikan ubat yang berfungsi mengawal selera makan dan  membuat rasa kenyang lebih lama dan hanya perlu ambil sehari sahaja.

Doktor turut memaklumkan produk saxenda adalah satu-satunya produk yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan penurunan berat badan dengan selamat bagi mereka yang tidak mempunyai gejala atau sakit kencing manis.

Sumber Gambar: Google

Duromine : Pil yang akan bertindak merangsang otak untuk mengawal selera makanan seseorang, ia mestilah digunakan bersama senaman dan pengawalan diet makanan dan disarankan diambil sehari sahaja pada waktu pagi bersama sarapan pagi.

Duromine juga tidak boleh dibeli di farmasi ataupun kedai ubat kerana ia merupakan ubat kawalan dan boleh didapati melalui preskripsi doktor sahaja. Pil duromine hanya dibenarkan kepada mereka yang mengalami risiko perubatan sekiranya terus mempunyai berat badan berlebihan.

Sumber Gambar: Google

Ozempic : Suntikan ubat yang dapat menguruskan kadar gula dalam diabetes untuk orang dewasa dan dalam masa yang sama memberi kesan salah satu cara penurunan berat badan. Ozempic yang diambil seminggu sekali disarankan digunakan bersama diet dan latihan yang sesuai.

Sangat menarik program khas yang Poliklinik Nur Fatimah tawarkan untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan yang dipanggil ‘Weight Loss Program‘ kerana dipantau oleh doktor.

Secara ringkas berkenaan program ini :-

  • Follow up setiap minggu untuk bulan pertama
  • Panduan pengawalan diet pemakanan
  • Penilaian kesihatan
  • Pemeriksaan ujian darah

Sangat disyorkan untuk menyertai weight loss program Poliklinik Nur Fatimah dengan perkhidmatan terbaik dan sesi penerangan yang jelas diberikan oleh doktor dalam sesi konsultasi.

Korang jangan tunggu lagi, bagi yang bercita-cita nak kurus sebelum tahun  2024. Jom datang ke Poliklinik Nur Fatimah untuk mendapatkan nasihat dan konsultasi bagi penurunan berat badan yang sesuai mengikut individu  selepas mendapatkan konsultasi daripada doktor.

Tekan link ini untuk membuat temujanji sekarang.